Rabu, 07 November 2007

mr. parkin'sound talkin' about Iedul Fitri (althought, some text faking from other mind)

Ramadhan merupakan madrasah tarbiyyah yang sempurna. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan iktibar dan pengajaran serta nilai dan prinsip tarbiyah.
Dikatakan bulan ini sebagai madrasah kerana bulan ini juga adalah bulan jihad, bulan kesabaran, bulan kemenangan ke atas hawa nafsu & syaitan dan bulan latihan kepada muslim untuk mengukuhkan dan menguatkan keazaman, meningkatkan himmah dan kehendak dan bulan yang menjadi titik tolak untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Bulan ini juga adalah bulan Al-Quran. Muslimin di sana sini membacanya, siang dan malam untuk mengambil iktibar daripadanya. Banyak telah dinukilkan tentang kecintaan oran-orang terdahulu terhadap Al-Quran. Imam As-Syafie dikatakan mengkhatam Al-Quran sebanyak 60 kali. Bayangkan betapa banyaknya mereka mengulang-ulang perintah, larangan dan pengajaran dari Al-Quran untuk melahirkan kekuatan jiwa dan mendalami isi petunjuk yang agung untuk memahami ad-Deen yang suci ini.
Bulan ini juga menjadi bukti bahawa sesungguhnya muslim di dunia ini adalah satu keluarga kerana di sana terdapat unsur-unsur ukhuwah melalui zakat, pengandaan sedeqah dan perlumbaan untuk melakukan kebaikan kerana di bulan yang istimewa ini pahala segala amalan yang dilakukan akan digandakan.
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Tidak ada komentar: